The dork
Hello,my name is muhammad amirul hasriq zulkifli . call me ayul :D . studying in uitm Lendu , Melaka in dip in accountancy . yeah ! account . i dont even know why i took the course . ha-ha ! . born on 6th october 1991 . his a libra guys ! OMG three times ! lol . love to make friend and im very happy if i can make them laugh :) im a chelsea fans who can play football like em' . in game i mean . teheee . can layan all songs . but im into acoustic or lullaby songs . it make me calm and easy . i think interior designer is way way cooler than an accountant . using k850i sony ericsson . and still in learning to likes it . haha . sory for da bad english . kay , enjoy my blog . :) <333 ♥♥♥
Comment here!
Follow :)
|
TIADA APAHa ha ha . satu hari yang aku rasa tiada apa yang boleh aku gelakkan . segalanya mendatar . tiada yang menaik . dan mungkin ada beberapa kali menurun . bosan . cuti mid sem aku masih tercari cari keseronokannya . mungkin semalam sudah bershisha dan melepak bersama rakan sekolah . tapi , masih ada cacat cela nya disana . disana , aku bergelak ketawa . disana , aku bermain terup , disana , aku menhisap dan menghempus asap shisha yang berkepul kepul . disana juga, aku ternampak , apa yang aku patut tak nampak . tiada apa . aku tidak patut menceritakannya .hari ini , aku bersemangat di awal pagi . terbangun seawal 10.45 tetapi mata masih belum mahu membenarkan aku memulakan hari ku dengan celik . jadi , aku melayan kan permainannya dengan membuka kaca television dan menonton sebuah filem kegemaran aku Public enemies . di mana aku sangat menyukai lakonan johnny depp yang sememangnya tidak boleh dibanding kan dengan shaheizy sam , yang membawa watak apa tah didalam filem ngangkung . bodoh . juga , terkandung lagu latar seorang oldtimer , otis taylor - ten million slaves , membuat kan aku meminati cerita tersebut .huh . masih mendatar . facebook dan ps2 tidak mampu menggembirakan aku lagi . hanya melepak bersama rakan rakan sekolah dan hilai tawa mereka yang mampu menggeletek hati ku . pasti .biar aku sambung cerita bosan hari aku . bertanya kawan sekelas uitm . mari lepak bersama . namun , jawapannya tidak enak sekali . busy . lalu aku pun mati kutu . sambil menunggu jam 7 . aku tertidur . dan terjaga pada 7.10 . hasil kejutan dari ibu . melihat telefon bimbit . mesej . ini untuk awak " bruno mars - talking to the moon " . aku terdiam . tiada apa yang ingin aku katakan . akhirnya keputusan untuk membiarkan mesej itu dimuktamadkan .masih mengharap rakan rakan mengajak keluar . namun tiada . hampa . semua nya busy . jadi , terpaksa aku melayan facebook dan blogger sehingga sekarang . ditemani lagu angus and julia stone hasil ilham diyana amir . doakan esok menjadi lebih bermakna . tidak faham post ini ? tidak mengapa : )jiwa ini hanya mahukan tempat untuk menjerit . club , gig , karok ? mari kawan . kita bersama .
|